Pengikut

Selasa, 25 Februari 2014

Sebuah perjalanan yang panjang di Tunas Bakti

Perjalanan dari Universiti Sains Malaysia ke Sekolah Tunas Bakti, Taiping, Perak dirasakan sungguh singkat. Ini kerana perasaan gementar dan takut lebih menguasai diriku sedangkan 39 rakanku  kelihatan tidak sabar untuk berjumpa dengan adik-adik baru. Sepanjang perjalanan, aku hanya berharap agar tiada perkara buruk yang berlaku ke atas kami. Kumpulan aku sengaja memlilih membuat lawatan ke Sekolah Tunas Bakti projek Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM)  bagi menyelami hati dan bermesra bersama anak-anak  yang tinggal Sekolah Tunas Bakti.

Apabila bas mula memasuki perkarangan sekolah tersebut, aku berasa sungguh terpegun dengan keindahan sekitarnya yang indah, kemas dan menghijau. Ditambah pula dengan susunan pasu bunga yang teratur dan pohon-pohon kecil yang dibentuk rapi menambahkan lagi tarikan pada laman kawasan sekolah tersebut. Aku tertanya-tanya adakah ia hasil olahan daripada si tukang kebun atau pelatih sendiri. Kemudian kami diarahkan  untuk masuk ke dalam dewan utama kerana para pelatih sudah lama menunggu ketibaan kami. Pertama kali bertentang mata dengan mereka, aku, lihat wajah mereka kelihatan begitu polos ditambah pula dengan fizikal mereka yang kecil membuatkan aku tertanya-tanya benarkah mereka pernah melakukan kesalahan yang berat pada masa lepas hingga berjaya melontarkan mereka tempat seperti ini.

Dalam usia ini, mereka  seharusnya  berada di sisi keluarga dan bukannya tempat seperti ini. Kebanyakan pelatih-pelatih  yang berada di sini berumur dalam lingkungan  12 hingga 17 tahun. Mereka semua adalah golongan remaja yang pernah melakukan kesalahan juvana namun masih berada di bawah 'jagaan' Children Rights Convention (CRC) yang termaktub di dalamnya satu fasal menyebut bahawa "kanak-kanak perlu hidup."

Kami mulakan sesi kami dengan sesi pengenalan yang mana kami telah didedahkan dengan kesalahan yang pernah dilakukan oleh pelatih-pelatih. Rata-rata kesalahan yang pernah dilakukan adalah melibatkan kesalahan jenayah berat seperti curi, dadah, rogol, rempit. Tetapi ada juga antara mereka yang datang secara sukarela iaitu dihantar oleh ibu bapa mereka sendiri. Di sini, mereka diberi peluang untuk berubah sekaligus diajar kemahiran-kemahiran seperti bakeri, elektrik dan jahitan supaya mereka dapat berdikari dan menyara diri sendiri sebaik keluar dari pusat-pusat pemulihan. Setelah tamat sesi pengenalan, pelatih-pelatih dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan aku bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing kumpulan tersebut.

Aku dan seorang lagi rakanku diletakkan di kumpulan satu yang terdiri daripada sembilan orang pelatih keseluruhannya. Walaupun berasa sedikit gementar tetapi aku harus pandai dalam mengawal perasaan supaya kami berasa lebih selesa apabila berinteraksi. Kami mulakan dengan sesi perkenalkan diri. Ketika itu, perasaan kagum aku mula timbul terhadap mereka kerana tanpa sebarang perasaan malu dan segan, mereka menceritakan kesalahan yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan mereka terlontar ke penjara dinding ini. Walaupun kadang-kala suara mereka kedengaran tenggelam timbul dan hanya menunduk ketika bercakap tetapi mereka sedar itu adalah pengalaman silam yang tidak boleh dan tidak mungkin mereka dapat lupakan. Ada juga antara mereka yang bertanyakan aku mengenai kehidupan di luar sana. Aku sungguh terkejut kerana tidak menyangka mereka langsung tidak mendapat perkembangan tentang dunia luar.

Semasa sesi pemilihan nama kumpulan, kami memberi peluang kepada pelatih untuk memilih nama kumpulan mereka sendiri kerana nama kumpulan tersebut menggambarkan kekuatan dan semangat yang ada pada ahli kumpulan tersebut. Jadi kumpulan aku telah memilih nama ‘Redah Je’. Aku bertanyakan mereka sebab memilih nama tersebut dan mereka menyatakan sebelum ini mereka meredah sahaja liku hidup tanpa sebarang arah tetapi selepas ini dan hari-hari mendatang mereka ingin meredah segala liku dunia dengan semangat, ketabahan dan azam agar mereka tidak tersesat untuk kali yang kedua. Seharusnya pada umur sebegini, mereka seharusnya sedang belajar di dalam kelas , bermain-main bersama teman-teman seusia mereka dan jalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Kemudian, sesi berkumpulan diteruskan lagi dengan aktiviti kumpulan yang lebih besar yang mana mereka digabungkan dengan kumpulan-kumpulan lain untuk membentuk sebuah kumpulan baru. Kami mulakan dengan permainan straw berantai yang mana permainan ini memerlukan ketahanan yang kuat. Perkara yang menyeronokkan adalah kami sebagai fasilitator juga diberi peluang untuk bermain bersama mereka untuk mengeratkan hubungan antara kami. Suasana didalam dewan kelihatan riuh dengan gelak tawa mereka. Terpancar jelas kegembiraan pada riak wajah mereka. Menurut salah seorang pelatih, itu adalah kali pertama ada pihak yang datang membuat aktiviti sebegini kerana selalunya mereka datang hanya memberi ceramah.

Usai sahaja sesi didalam kumpulan pada sebelah pagi, kami mengajak para pelatih untuk permainan sukaneka. Kami mulakan dengan aktiviti  mengisi air dalam botol dan botol tersebut harus dipegang semua ahli kumpulan dengan menggunakan tali dan membawanya ke arah botol lain tanpa menyentuh botol tersebut. Semasa aktiviti tersebut, aku kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan satu kerana walaupun mereka sudah diumumkan kalah tetapi mereka masih tetap mengisi air didalam botol sehingga penuh. Mungkin bagi aku, tiada guna isinya dengan penuh kerana sudah pasti kalah tetapi mereka masih lagi meneruskannya. Sememangnya semangat berpasukan yang ditujukkan oleh mereka harus dicontohi oleh orang lain.

Masa berjalan dengan cepat tanpa kami sedari. Sepanjang aktiviti yang dijalankan hubungan  kami menjadi semakin akrab sehingga aku berasa berat untuk berpisah. Sebelum berpisah, kami dibenarkan untuk berada didalam kumpulan dan luahkan apa yang yang mereka rasa sepanjang hari tersebut. Salah seorang pelatih tekah berjanji padaku bahawa setelah beliau keluar daripada tempat tersebut, beliau akan pastikan bahawa beliau tidak akan masuk lagi ke tempat tersebut. Tanpa aku sedar, air mataku mula bertakung. Aku berasa sedih kerana penyesalan kesalahan lalu membuatkan mereka untuk berubah cuma peluang dan nasib yang tidak menyebelahi mereka. Sebelum kami bertolak pulang, aku sempat memberi lambaian kepada mereka sebelum mereka dibenarkan untuk masuk ke bilik untuk aktiviti seterusnya.

Semasa di dalam bas aku mula aku sedar yang aku telah mendapat satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Ianya bukan bergantung kepada berapa banyak markah yang kami perolehi daripada projek ini tetapi untuk melihat masih adakah nilai kemanusiaan dalam diri kami terhadap pelatih-pelatih ini. Persoalan tentang keadaan kehidupan mereka setelah keluar daripada sekolah tersebut. Masyarakat seharusnya memberi mereka peluang kerana mereka ingin berubah. Malahan, masyarakat juga tidak boleh memandang serong pada diri mereka kerana setiap apa yang berlaku bukanlah kehendak mereka. Cuma persekitaran yang memaksa mereka berbuat demikian. Kadang-kala mereka inginkan perhatian daripada keluarga tetapi jalan yang dipilih salah hingga menjerat diri mereka sendiri. Mereka masih terlalu muda untuk lalui segala hukuman ini.


Oleh sebab itu, masyarakat yang harus menjadi pendorong mereka untuk berubah supaya mereka dapat kembali ke jalan yang benar dan berikan mereka peluang kedua kerana semua orang harus boleh mendapat peluang sebenarnya. Malahan, kebanyakan mereka juga mempunyai impian yang tinggi cuma mereka tiada peluang untuk mendapatkan impian tersebut dan apa yang mereka harapkan adalah masyarakat di luar sana tidak akan memandang serong pada diri mereka kelak. Tiada manusia yang pernah lepas dari tidak membuat kesilapan kerana setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.  

Rabu, 12 Februari 2014

MY LOVE FROM THE STAR - HAVOC

Ada sapa-sapa kat sini yang tengok Drama korea terbaru kat Chanel ONE tak. .. kalau korang addict dengan channel tu mesti tau kan drama yang tengah HOTTTT dekat ONE... Drama " MY LOVE FROM THE STAR ".


Antara pelakon Drama MY LOVE FROM THE STAR


Mula-mula dulu aku pun x layan dengan drama tu tapi bila dah selalu tengok,sangkut jugak akhirnya. Hahahha.. But seriouslly aku suka drama bukan sebab pelakonnya tapi sebab jalan cerita nya yang menarik.
 #CREADITTOPRODUSER..

Tapi tipu la kalau aku cakap yang aku x suka pelakon dalam tu kan. tapi ok la. HERO dan HEROIN pun handsome dan cantik.. huhu

Antara pelakon Drama tersebut adalah :



Kim Soo-hyun



Jun Ji-hyun



Jun Ji-hyun ... Cheon Song-yi
Kim Soo-hyun ... Do Min-joon
Park Hae-jin ... Lee Hwi-kyung
Yoo In-na ... Yoo Se-mi
Na Young-hee ... Yang Mi-yeon (Song-yi's mother)
Uhm Hyo-seop ... Cheon Min-goo (Song-yi's father)
Ahn Jae-Hyun ... Cheon Yoon-jae (Song-yi's younger brother)
Hong Jin-kyung ... President Hong (comic book store owner)
Jo Se-ho ... Chul-soo (comic book store customer/unemployed neighbor 1)
Nam Chang-hee ... Hyuk (comic book store customer/unemployed neighbor 2)
Kim Kang-hyun ... Song-yi's manager


Untuk yang x pernah tonton drama tu . jom sama-sama kita saksikan hari Rabu dan Khamis bermula jam 9 malam di saluran 395 ONE atau ONE HD 393 ataupun kat VIKI pon ada jugak. Rugi tau x tengok. Kat sini aku sertakan sekali dia punya sinopsis.


Sinopsis My Love From The Stars
My Love From the Star about an alien who landed on Earth 400 years ago in the Joseon Dynasty, who then falls in love with a top actress in the modern era. Do Min-joon is an alien who lands on Earth in the year 1609 during the Joseon Dynasty, then stays on the planet for the next four centuries. He possesses a near-perfect appearance, enhanced physical abilities involving his vision, hearing and speed, and a cynical, jaded view regarding human beings.

He ends up in academia in the present day, scoring a job as a college professor, at which he meets famous actress Cheon Song-yi, the biggest Hallyu star in Korea. Song-yi is an obnoxious, entitled attention freak, someone who became a top star in her teens and never learned how to live a normal life. She drinks like a fish, swears like a sailor and does whatever she wants. Min-joon falls in love with Song-yi, but discovers that he only has three months left on Earth.

Sumber: Wikipedia


About This Series

TypeDrama
GenreMelodrama , Comedy , Romance ,Romantic Comedy
NetworkSBS
Released
Total Episodes20
SUMBER : DRAMA FEVER

CHECK IT OUT