Pengikut

Selasa, 17 Disember 2013

TIPS: turunkan kalori anda dengan aktiviti pantai

Walaupun anda sedang menikmati percutian dengan keindahan panorama pantai dan sejuknya udara pantai, tetapi ia bukanlah sesuatu penghalang untuk anda melakukan aktiviti rekreasi yang boleh memberi manfaat kepada tubuh anda. Berekreasi sememangnya sungguh  mengasyikkan. Apatah lagi jika ia dilakukan bersama dengan yang tersayang. Oleh itu, apa kata jika anda mencuba rekreasi di pantai? Anda akan memperolehi dua keuntungan sekaligus. Bak kata pepatah, sambil meyelam minum air. Melalui rekreasi anda mampu mengurangkan kalori pada tubuh anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan lima aktiviti serdehana ini agar mendapatkan hasil yang luar biasa. Apabila pulangnya anda dari bercuti, bukan sahaja fikiran anda yang menjadi segar tetapi juga tubuh menjadi cergas.

1-Berjalan-jalan di pantai
Percutian anda tidak akan lengkap jika tidak  menjalankan aktiviti berjalan di pantai. Aktiviti berjalan sambil mencuci mata ketika berada di pantai adalah suatu bonus kepada anda kerana sambil anda mencuci mata,anda juga memperoleh kelebihan lain iaitu dapat mengeluarkan kalori. Dengan aktiviti ini, anda dapat mengurangkan 100 kalori dalam masa 26 minit kerana struktur pasir yang halus menyebabkan beban latihan anda menjadi berat. Dengan aktiviti sebegini juga boleh membuatkan otot-otot kaki anda bekerja lebih kuat kerana pasir akan menyerap getaran dengan lebih banyak. Ketika anda berjalan di atas pasir, bahagian tubuh yang  terlibat adalah kaki, punggung dan betis. 
Selain itu,semasa berjalan di pantai, anda juga boleh menambahkan latihan untuk tubuh dibahagian atas dengan membawa dua botol air di kedua-dua belah tangan anda, kemudian cuba ayunkan botol tersebut kedepan dan kebelakang dan minumlah air itu sedikit demi sedikit. Ini penting kerana ia bukan sahaja dapat melatih bahu dan  “bicep” anda ketika berjalan malah anda juga tidak akan mengalami masalah dehidrasi. Dehidrasi merupakan keadaan tubuh yang mengalami gangguan keseimbangan cairan atau air yang disebabkan oleh lebih banyaknya pengeluaran peluh.Menurut ketua penasihat Perubatan Pharmvision Ventures, Dr. Amran Ahmad, kemampuan untuk melakukan senaman yang berpanjangan dalam keadaan panas memerlukan penggantian air yang hilang untuk mengelakkan dehidrasi. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan air semasa senaman adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi dan melambatkan titik mula lesu.



2- Berlari di pantai
Tahukah anda,berlari sambil menerjah ombak dapat membakar begitu benyak kalori? Ini kerana fungsi pasir sebagai  pemijak menyebabkan badan anda menjadi semakin berat.Oleh sebab itu, semasa anda berlari di atas pasir pantai anda akan berasa berat dan larian anda akan menjadi perlahan. Tetapi jangan risau kerana kalori yang terbakar juga banyak. Melalui aktiviti ini, anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 11 minit sahaja. Jika anda suka berlari sambil menerjah ombak, pastikan anda berlari dengan jarak yang sama tetapi pada arah yang berbeza bagi memastikan anda benar-banar melatih  dua-dua belah kaki anda. Melalui aktiviti ini, bahagian tubuh yang paling banyak bekerjaa dalah  ‘hamstring’, ‘quadricep’, otot punggung, betis serta pergelangan kaki dan paha. Aktiviti ini boleh menjadi kelebihan bagi anda yang kurang melakukan aktiviti lain. Ini kerana, aktiviti berlari boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda dengan menambahkan kegiatan enzim-enzim dan honlonhormon yang merangsang otot dan jantung untuk bekerja dengan lebih cekap. Arherican College of Sports Medicine (ACSM) melaporkan bahawa faedah kesihatan boleh dicapai sekiranya individu yang kurang aktif membuat perubahan dari tidak melakukan apa-apa aktiviti kepada melakukan aktiviti pada tahap yang minimum.

3- Aktiviti membuat istana pasir
Pergi ke pantai seawall pagi memang suatu yang menyeronokkan.Tambahan pula, apabila dapat merasa kehalusan pasir pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata anda lakukan aktiviti membina istana pasir bersama teman-teman dan ahli keluarga. Pasti ia akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan semasa percutian. Menggali serta meraup pasir dengan tangan sambil sesekali berlari mengambil air pantai untuk membina sebuah istana pasir boleh membuatkan tubuh anda banyak bergerak. Sambil anda menikmati keseronokkan anda juga boleh kehilangan 100 kalori dalam masa 20 minit. Malahan,  sambil anda melakukan aktiviti ini anda juga disarankan untuk duduk dalam posisi separuh mencangkung kemudian tahan tekanan pada bahagian peha danbetis. Manakala, bagi anda yang ingin member latihan tambahan pada bahagian punggung, cubalah tolak pasir ke depan dengan kedua-dua belah tangan anda. Dalam aktiviti ini, bahagian tubuh yang paling banyak berfungsi adalah punggung, dada, bahu dan kaki.

4- Bola tampar pantai
Berekreasi sambil bercuti harus menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Tambahan pula apabila ia dilakukan bersama teman-teman dan keluargaanda. Apa kata anda cuba berekreasi dengan bola tampar pantai. Anda mungkin tidak akan berasa jemu.Tahukah anda aktiviti bola  tampar pantai sebenarnya dapa tmembentuk serta menguatkan otot tubuh anda kerana struktur pasir pantai yang halus akan memaksa anda untuk mengeluarkan tenaga ‘ekstra’ dan anda boleh kekal aktif sepanjang hari.Selain itu, gerakan-gerakan pada permainan ini juga dapat mengurangi ketegangan pada bahagian lutut, kaki dan punggung anda. Anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 13 minit sahaja kerana ia banyak melibatkan pergerakan kaki, bahu, punggung, ‘tricep’dan betis anda. Untuk tips tambahan, setiap regu sebaiknya hanya terdiri daripada dua orang pemain sahaja. Ini kerana semakin sedikit bilangan pemain maka semakin banyak gerakan yang akan anda lakukan. Ini bermakna, bilangan kalori pada tubuh anda akan banyak yang terbakar.

5- Bermain layang-layang
Bermain layang-layang adalah salah satu cara terbaik untuk anda berekreasi. Ini kerana, aktiviti ini memerlukan kedua-dua belah tangan untuk mengendalikan layang-layang terbang tinggi di awangan agar tetap melayang di udara. Dengan aktiviti sedemikian, hampir seluruh otot tubuh di bahagian atas anda akan bergerak. Kaki anda juga akan terus bekerja untuk mempertahankan posisi tubuh anda di atas tanah. Sambil anda menikmati keseronokan bermain, anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 30 minit kerana ia banyak melibatkan bahagian punggung, bahu, ‘bicep’ dan kaki. Selain itu, untuk pastikan ia lebih berkesan, cubalah bermain layang-layang yang lebih besar.Semasa anda bermain layang-layang, ia dapat membantu mengeluarkan peluh dari dalam badan dan menjadikan anda lebih sihat selepas seharian bermain permainan ini.

Cuba amalkannya terutama bagi golongan wanita bekerjaya dan tidak ada masa yang cukup untuk berekreasi. Apa kata sambil anda berlibur, anda mengamalkan cara ini kerana secara tidak langsung ia dapat memberi kelebihan kepada diri anda sendiri dan mendekatkan diri anda dengan yang tersayang kerana anda dapat meluangkan masa bersama-sama untuk menikmati detik indah.


Tiada ulasan: