Pengikut

Isnin, 16 September 2013

Wanita Sebagai Tempat Untuk Lelaki Melepaskan Nafsu Dan Perasaan

 Hari ini, media banyak melaporkan isu-isu mengenai  keganasan terhadap wanita samada melibatkan kes dera, rogol atau bunuh. Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 Bukit Aman, Superintendan Ong Chin Lan berkata, setiap hari 10 wanita menjadi mangsa dera di negara ini namun itu hanya kes yang dilaporkan kepada polis, jadi tidak diketahui jumlah sebenar yang berkemungkinan jauh lebih tinggi. Mengapakah fenomena ini terus berlaku dan mengapa wanita sering dijadikan tempat untuk lelaki melepaskan nafsu dan perasaan mereka. Adakah kerana wanita dikatakan sebagai insan yang lemah dan lelaki dengan senang dapat mengambil kesempatan. 



        Sebagai contoh, kes penderaan yang berlaku terhadap Isteri ‘jutawan’ rakyat Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem dimana beliau pernah dipaksa  untuk ‘beraksi’ melakukan hubungan kelamin di hadapan kamera web bersama suaminya untuk dipertontonkan kepada rakan internet lelaki itu dan dia turut diliwat oleh Elie, sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu selama mereka tinggal bersama dari Mei 2005 hingga Julai 2007. Menurut Farinnie(isteri), Elie juga pernah bertindak kasar dengan menarik rambutnya di khalayak ramai selepas kalah dalam perjudian semasa di Genting Highlands pada awal 2007 dan Elie juga  pernah menolak meja kearah perut Farinnie ketika dia sedang hamil enam bulan anak sulung mereka. Selain itu, Elie juga pernah membuat penganiayaan lain seperti penderaan secara seksual termasuk dipaksa melakukan hubungan kelamin dan diliwat ketika datang haid serta selepas pantang dari bersalin. Isterinya juga turut tidak dibenarkan keluar dari rumahkerana hanya Elie yang boleh memegang kunci rumah. 

Apa itu keganasan?
Keganasan ialah sebarang bentuk perlakuan yang mendatangkan bahaya, bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi melalui apa juga cara yang boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi terhadap wanita manakalaKeganasan terhadap wanita pula adalah perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara (bukan hanya fizikal), semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Malah, keganasan terhadap wanita juga meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya dan ia seolah-olah sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan ramai wanita menganggap itu adalah  cara hidupnya.





Jenis  Keganasan Terhadap Wanita

1. Keganasan Fizikal yang merangkumi perbuatan seperti memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang  dan menggunakan senjata kepada wanita. Juga perbuatan menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan. 

 
2. Keganasan Seksual iaitu sesuatu yang merangkumi apa juga perlakuan atau pertuturan secara berulangan, dilakukan sama ada secara fizikal, gerak isyarat atau ucapan berunsur seks seperti di tempat kerja. Ia termasuklah menyentuh tubuh, diajak berulang-ulang  untuk memenuhi temujanji secara paksa dan pujuk rayu supaya melakukan seks serta menggunakan gambar-gambar lucah di tempat kerja.



3.  Keganasan Sosial berlaku apabila wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapatkan sokongan luar. Malah wanita  ini juga akan dikongkong serta dilarang daripada keluar untuk bekerja atau mengetahui dunia luar.

4. Keganasan Kewangan pula melibatkan seseorang wanita yang dihalang secara paksa menggunakan hak mereka sendiri seperti gaji dan lelaki mengambil hak tersebut untuk kegunaan mereka sendiri. Ini menyebabkan wanita terpaksa menyimpan simpanan mereka secara senyap-senyap, tidak dapat membeli keperluan seharian mereka sendiri dan banyak bergantung hidup dengan orang lain. Selain itu, wanita juga dihalang untuk bekerja.

5. Keganasan Emosi dan Psikologi meliputi perbuatan seperti ugutan, penghinaan seperti caci maki dan kata-kata sindiran oleh lelaki. Walaupun wanita tidak mengalami sebarang bentuk kesan luka yang boleh dilihat dengan mata kasar namun wanita boleh mengalami tekanan perasaan yang boleh menyebabkan mereka hilang upaya untuk mengawal emosi secara normal dan menyebabkan mangsa  berpotensi besar melakukan sesuatu yang di luar kawalan seperti bunuh diri.


     Dalam hal ini , kita dapat lihat bahawa wanita dijadikan mangsa dalam pelbagai aspek samaada dari segi emosi, mental dan fizikalnya.  Dimanakah sebenarnya hak wanita jika hak mereka dicabuli oleh orang yang mereka percaya sepenuhya.

           Mengapa keganasan terhadap wanita ini terus berlaku??
      Keganasan  terhadap wanita ini berlaku disebabkan oleh wujudnya  Perbezaan Gender  dimana ianya berbeza dari segi  biologi di antara lelaki dan wanita seperti dari segi rupa bentuk, kromosom, hormon, alat kelamin dan sebagainya.Keganasan terhadap wanita sama seperti keganasan terhadap ‘gender’ dimana ia adalah keganasan yang tertumpu terhadap wanita kerana wujudnya ketidakseimbangan taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat. Women´s Aid Organisation memberikan tafsiran keganasan terhadap wanita sebagai perbuatan yang menganiayai wanita dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki iaitu wanita adalah golongan kelas kedua dan lelaki adalah golongan kelas pertama.  Golongan lelaki sanggup menjadikan wanita sebagai tempat untuk mereka melepaskan nafsu dan perasaan kerana mereka merasakan mereka adalah ketua dan wanita harus ikut apa yang disuruh. Malah lelaki juga menganggap bahawa wanita adalah lemah dan mereka tidak akan mampu untuk melawan, oleh sebab itu golongan wanita amat senang untuk disakiti. Walhal wanita adalah golongan yang sering melakukan kesilapan, dan hidupnya banyak bergantung kepada suami atau lelaki. Selain itu,  status wanita juga jauh lebih rendah daripada lelaki sehingga menyebabkan golongan lelaki berkuasa penuh terhadap wanita terutama apabila mereka bergelar suami isteri.  Lelaki juga merasakan bahawa mereka berhak menentukan hala tuju wanita atau isteri yang tidak mampu dan tidak boleh membuat keputusan sendiri dan ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang tidak berpendidikan dan hidupnya bergantung sepenuhnya terhadap suami. Oleh sebab itu, lelaki senang untuk mengambil kesaempatan keatas mereka.  


     “Stop Hurting Us”



      Bagi menangani masalah terhadap wanita ini, pihak kerajaan telah menggubal beberapa akta-akta seperti  Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Kanun Keseksaan,  Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan  gangguan seksual. Ini penting bagi membela nasib golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa lelaki dan memberi hak dan kebebasan kepada mereka supaya mendapat kehidupan yang lebih sempurna.

        Selain itu, wujud juga beberapa agensi pendokong “feminisme” yang kebanyakakannya terdiri daripada wanita yang aktif dalam sistem PBB untuk menegakkan hak wanita. Golongan yang menjadi pendokong ‘Feminisma’ bermaksud mereka berusaha untuk mengubah ketidaksamaan dalam hubungan kuasa lelaki dan wanita yang telah pun wujud sejak  turun temurun. Oleh itu, mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam menganalisa permasalahan wanita dan penentuan penyelesaiannya. Mereka berpendapat bahawa punca utama masalah wanita ialah chauvinisma kaum lelaki yang suka kaum wanita berada di bawah penguasaan mereka dan dalam bentuk yang lebih buruk akan berlaku penindasan, kezaliman dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Oleh sebab itu, perjuangan golongan ini sentiasa berasaskan usaha gigih untuk memberikan ‘kuasa’ kepada wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri, menuntut penggubalan undang-undang yang akan memelihara hak tersebut, merubah budaya atau ajaran agama yang dirasakan telah ‘menindas’ wanita.

SUMBER           
1-      slaid keganasan terhadap wanita dari perspektif gender



NURUL SHYAZWANIE BTE ZAINUN @ MOHAMAD

Tiada ulasan: