Pengikut

Rabu, 23 Januari 2013

kAhwIn KahWin KaHwiN- WHAT SAY YOU

                                                                                                                  Skunk ni cuti sem.. wahhh.. i like.. tapi seriously boring sebab nak keluar je hujan.. ahhh terpaksa la terperuk je kat rumah ni.. 


Emmm.. so boring.. tapi dalam cuti ni.. aku dapat banyak jemputan kahwin dari KAWAN-KAWAN aku..kenkawan aku sumer nye dah nak kawin.. wahh jeles nye... best nye kawin.. best pun best jugak tapi tanggungjawab pun besar tau.. bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
 

Ye la.. kite kene belajar untuk tinggalkan ape yang kita ada masa zaman single tu.. 
Bagi aku kawin tu ibarat macam kita masuk ke sebuah dunia baru dan bina dunia tu dengan penuh kegembiraan dan Apa yang penting persefahaman... kalau tak der persefahaman,, quiet hard to make a happy life...

 Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumah tangga ni. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan saling berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah.  Contohnye macam tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak , ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab isteri tetapi tangunggjawab suami jugak... yang suami pulak tak leh main lepas tangan je. Sebab tu  lelaki perlu sedar yang kahwin ni bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji
     
 Malah apa yang penting kahwin kene iklas.. baru hati manyak senang wooo..OPPSSS... hehehe..then partner pun x leh main pilih je.. kne betul2 kenal..baru la ada life. Cuba la berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika korang ada hobi atau minat yang berbeza , cubala untuk memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya. Baru la hidup kekal bahagia...
                                    



Then ada jugak dengar-dengar orang  tua-tua cakap.. kalau kita ni jenis perangai macam Api means baran.. cari la pasangan yang  jenis Air iaitu lembut.. supaya  ada tolak ansur dalam hubungan  suami isteri ni sebab bila baran sama baran, maka tak kan ada yang nak mengalah.. JUst petua orang tua-tua la...  

                                                  

 Ape pun pada kawan aku yang nak kahwin tu.. Wanie nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU .. moaga korang kekal bahagia hingga ke anak cucu bersama pasangan masing-masing..:)


SELAMAT PENGANTIN BARU

Tiada ulasan: