Pengikut

Rabu, 23 Januari 2013

kAhwIn KahWin KaHwiN- WHAT SAY YOU

                                                                                                                  Skunk ni cuti sem.. wahhh.. i like.. tapi seriously boring sebab nak keluar je hujan.. ahhh terpaksa la terperuk je kat rumah ni.. 


Emmm.. so boring.. tapi dalam cuti ni.. aku dapat banyak jemputan kahwin dari KAWAN-KAWAN aku..kenkawan aku sumer nye dah nak kawin.. wahh jeles nye... best nye kawin.. best pun best jugak tapi tanggungjawab pun besar tau.. bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
 

Ye la.. kite kene belajar untuk tinggalkan ape yang kita ada masa zaman single tu.. 
Bagi aku kawin tu ibarat macam kita masuk ke sebuah dunia baru dan bina dunia tu dengan penuh kegembiraan dan Apa yang penting persefahaman... kalau tak der persefahaman,, quiet hard to make a happy life...

 Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumah tangga ni. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan saling berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah.  Contohnye macam tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak , ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab isteri tetapi tangunggjawab suami jugak... yang suami pulak tak leh main lepas tangan je. Sebab tu  lelaki perlu sedar yang kahwin ni bukan bermakna melantik isteri menjadi orang gaji
     
 Malah apa yang penting kahwin kene iklas.. baru hati manyak senang wooo..OPPSSS... hehehe..then partner pun x leh main pilih je.. kne betul2 kenal..baru la ada life. Cuba la berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika korang ada hobi atau minat yang berbeza , cubala untuk memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya. Baru la hidup kekal bahagia...
                                    



Then ada jugak dengar-dengar orang  tua-tua cakap.. kalau kita ni jenis perangai macam Api means baran.. cari la pasangan yang  jenis Air iaitu lembut.. supaya  ada tolak ansur dalam hubungan  suami isteri ni sebab bila baran sama baran, maka tak kan ada yang nak mengalah.. JUst petua orang tua-tua la...  

                                                  

 Ape pun pada kawan aku yang nak kahwin tu.. Wanie nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU .. moaga korang kekal bahagia hingga ke anak cucu bersama pasangan masing-masing..:)


SELAMAT PENGANTIN BARU

Ahad, 6 Januari 2013

Jika aku seorang wartawan..


                       

"AKU NAK JADI WARTAWAN"


 Biar betul aku ni..  

Adakah ini tujuan hidup aku? 

Macam mane aku nak survive dalam bidang ni?

Boleh ke aku capai kepuasan dalam bidang ni?

Dan yang paling penting adaKah ini yang aku cari selama ni?


Ahhh... macam2 persoalan yang timbul dalam kepala otak aku ni... mane taknye.. ayah aku plak suruh aku ambik KLPI jadi cikgu bile abis degr nanti.. ayah cakap jadi cikgu la senang, ad jaminan hidup bile tua nanti... aku tak berani nak cakap ape2. tapi bagi aku semua tu rezki.. kalau memang rezki aku dalam bidang ni nak buat cam ne ( tapi berani cakap dalam hati jela... hehehe)...
sebb aku sendiri tak tahu yang mane satu aku nak dalm hidup aku.. aku sendiri pun kompius...

       
        
        
  journalist  /   teacher   =  Pening

tp nak jadi seorang wartawan ni bukannye senang..

Nak jadi wartawan kene ikut etika, kalau tak orang tak kan percaya dengan berita yang kita bawa dan tak boleh bias.. Kene bagi peluang kepada semua pihak sepaya berita kita tu tak berat sebelah. bila kita berat sebelah seolah-olah kita cuba pengaruhi pembaca dengan berita yang kita tulis. sebenarnya kita kene biarkan pembaca sendiri fikir yang mana satu pilihan mereka dan siapa seharusnya yang mereka sokong. 
                              

Pastu  wartawan juga haruslah ada kreadibiliti sebab bila pembaca pertikaikan kita punya berita bermakna kredibiliti sebagai wartawan turut dipertikaikan dan orang tak kan percaya pada kita lagi..

emmmmm quite hard... tpi ini lah wartawan.. tugas mereka adalah menjadi penyalur berita kepada masyarakat dan mereka juga harus menjadi suara kepada masyarakat.. terutama golongan yang tertindas.. ape yang penting, adalah IKLAS dan JUJUR semasa bekerja...

                        
                                 

Tapi apa yang best dengan bidang ni, aku suka bile part yang kita akan jumpa macam2 jenis manusia tau.. ada yang jenis hipokrit, ada yang jenis depan baik belakang macam hampeh.. huhu opssss... dan macam2 lagi. Tapi itu lah realiti sebagai wartawan.. kalau aku jadi wartawan, aku akan jumpa macam2 jenis manusia.. mungkin tak semua tpi x mustahil ada.. Am i Right??

konklusinye : adakah wartawan yang akan aku pilih sebagai kerjaya aku???? still blurrrr...

PUBLISH...