Pengikut

Ahad, 1 Julai 2012

i want someone to hold my hand


Bila jejariku mula menari,

Hatiku mula tersentuh,

Fikiranku mula melayang,

Melayar fikiran kearah memori lama,

Perasaanku mula tertanya-tanya,

Dimanakah cintaku,

Adakah insan untukku itu wujud,

Aku perlu mencarinya

Tetapi

Sejauhmanakah pencarianku

Dimanakah titik penghujungnya

Aku juga insan biasa

Mengimpikan sebuah tempat untuk bermanja

Tetapi siapa

Aku perlukan bahunya untuk menghamparkan kesedihanku

Dia sebagai pendengar setia
 
Dan tawanya untuk menemani tawaku.

Jika dia sudah ku temui,

Apakah dia mampu menerima kekuranganku

Adakah kelebihanku bisa memberi erti padanya 

Tapi kini 

Aku sudah tidak mampu untuk mencarinya

Kerana aku bukan insan sempurna yang berhak 

Untuk memilih

Tapi jika dia ku temui,

aku berharap dia adalah jodoh terbaikku

Kerna Dia adalah pelengkap hidupku...

Tiada ulasan: