Pengikut

Jumaat, 26 Februari 2016

5 CARA MEMBAKAR 100 KOLORI KETIKA DI PANTAI



Walaupun anda sedang menikmati percutian dengan keindahan panorama pantai dan sejuknya udara pantai, tetapi ia bukanlah sesuatu penghalang untuk anda melakukan aktiviti rekreasi yang boleh memberi manfaat kepada tubuh anda. Berekreasi sememangnya sungguh mengasyikkan. Apatah lagi jika ia dilakukan bersama dengan yang tersayang. Apa kata jika anda mencuba rekreasi di pantai? Anda akan memperolehi dua keuntungan sekaligus. Bak kata pepatah, sambil meyelam minum air. Menurut Borhan Yusof et. Al (2008), bersenam adalah salah satu aktivti fizikal yang menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Melalui rekreasi anda mampu mengurangkan kalori pada tubuh anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan lima aktiviti serdehana ini agar mendapatkan hasil yang luar biasa. Apabila pulangnya anda dari bercuti, bukan sahaja fikiran anda yang menjadi segar tetapi juga tubuh menjadi cergas.

1-Berjalan-jalan di pantai


Percutian anda tidak akan lengkap jika tidak menjalankan aktiviti berjalan dipantai. Aktiviti berjalan sambil mencuci mata ketika berada di pantai adalah suatu bonus kepada anda kerana sambil anda mencuci mata, anda juga memperoleh kelebihan lain iaitu dapat mengeluarkan kalori. Dengan aktiviti ini, anda dapat mengurangkan 100 kalori dalam masa 26 minit kerana struktur pasir yang halus menyebabkan beban latihan anda menjadi berat. Dengan aktiviti sebegini juga boleh membuatkan otot-otot kaki anda bekerja lebih kuat kerana pasir akan menyerap getaran dengan lebih banyak. Ketika anda berjalan di atas pasir, bahagian tubuh yang terlibat adalah kaki, punggung dan betis. Selain itu, semasa berjalan di pantai, anda juga boleh menambahkan latihan untuk tubuh di bahagian atas dengan membawa dua botol air di kedua-dua belah tangan anda, kemudian cuba ayunkan botol tersebut ke depan dan kebelakang dan minumlah air itu sedikit demi sedikit. Ini penting kerana ia bukan sahaja dapat melatih bahu dan “bicep” anda ketika berjalan malah anda juga tidak akan mengalami masalah dehidrasi. Dehidrasi merupakan keadaan tubuh yang mengalami gangguan keseimbangan cairan atau air yang disebabkan oleh lebih banyaknya pengeluaran peluh. Menurut ketua penasihat Perubatan Pharmvision Ventures, Dr. Amran Ahmad, kemampuan untuk melakukan senaman yang berpanjangan dalam keadaan panas memerlukan penggantian air yang hilang untuk mengelakkan dehidrasi. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan air semasa senaman adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi dan melambatkan titik mula lesu. 
                                     

2- Berlari di pantai 


Tahukah anda, berlari sambil menerjah ombak dapat membakar begitu benyak kalori? Ini kerana fungsi pasir sebagai pemijak menyebabkan badan anda menjadi semakin berat. Oleh sebab itu, semasa anda berlari di atas pasir pantai anda akan berasa berat dan larian anda akan menjadi perlahan. Tetapi jangan risau kerana kalori yang terbakar juga banyak. Melalui aktiviti ini, anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 11 minit sahaja. Jika anda suka berlari sambil menerjah ombak, pastikan anda berlari dengan jarak yang sama tetapi pada arah yang berbeza bagi memastikan anda benar-banar melatih kedua-dua belah kaki anda. Melalui aktiviti ini, bahagian tubuh yang paling banyak bekerja adalah ‘hamstring’, ‘quadricep’, otot punggung, betis serta pergelangan kaki dan paha. Aktiviti ini boleh menjadi kelebihan bagi anda yang kurang melakukan aktiviti lain. Ini kerana, aktiviti berlari boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda dengan menambahkan kegiatan enzim-enzim dan hornlonhormon yang merangsang otot dan jantung untuk bekerja dengan lebih cekap. Arherican College of Sports Medicine (ACSM) melaporkan bahawa faedah kesihatan boleh dicapai sekiranya individu yang kurang aktif membuat perubahan dari tidak melakukan apa-apa aktiviti kepada melakukan aktiviti pada tahap yang minimum.

                                        Join this beach run in New Smyrna Beach

3- Aktiviti membuat istana pasir 


Pergi ke pantai seawal pagi memang suatu yang menyeronokkan. Tambahan pula, apabila dapat merasa kehalusan pasir pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata anda lakukan aktiviti membina istana pasir bersama teman-teman dan ahli keluarga. Pasti ia akan menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan semasa percutian. Menggali serta meraup pasir dengan tangan sambil sesekali berlari mengambil air pantai untuk membina sebuah istana pasir boleh membuatkan tubuh anda banyak bergerak. Sambil anda menikmati keseronokkan anda juga boleh kehilangan 100 kalori dalam masa 20 minit. Malahan, sambil anda melakukan aktiviti ini anda juga disarankan untuk duduk dalam posisi separuh mencangkung kemudian tahan tekanan pada bahagian peha dan betis. Manakala, bagi anda yang ingin memberi latihan tambahan pada bahagian punggung, cubalah tolak pasir kedepan dengan kedua-dua belah tangan anda. Dalam aktiviti ini, bahagian tubuh yang paling banyak berfungsi adalah punggung, dada, bahu dan kaki. 

                             
4- Bola tampar pantai 


Berekreasi sambil bercuti harus menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Tambahan pula apabila ia dilakukan bersama teman-teman dan keluarga anda. Apa kata anda cuba berekreasi dengan bola tampar pantai. Anda mungkin tidak akan berasa jemu. Tahukah anda aktiviti bola tampar pantai sebenarnya dapat membentuk serta menguatkan otot tubuh anda kerana struktur pasir pantai yang halus akan memaksa anda untuk mengeluarkan tenaga ‘ekstra’ dan anda boleh kekal aktif sepanjang hari. Selain itu, gerakan-gerakan pada permainan ini juga dapat mengurangi ketegangan pada bahagian lutut, kaki dan punggung anda. Anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 13 minit sahaja kerana ia banyak melibatkan pergerakan kaki, bahu, punggung, ‘tricep’dan betis anda. Untuk tips tambahan, setiap regu sebaiknya hanya terdiri daripada dua orang pemain sahaja. Ini kerana semakin sedikit bilangan pemain maka semakin banyak gerakan yang akan anda lakukan. Ini bermakna, bilangan kalori pada tubuh anda akan banyak yang terbakar. 
                                     The men are playing beach volleyball.

5- Bermain layang-layang 


Bermain layang-layamg adalah salah satu cara terbaik untuk anda berekreasi. Ini kerana, aktiviti ini memerlukan kedua-dua belah tangan untuk mengendalikan laying-layang terbang tinggi di awangan agar tetap melayang di udara. Dengan aktiviti sedemikian, hampir seluruh otot tubuh di bahagian atas anda akan bergerak. Kaki anda juga akan terus bekerja untuk mempertahankan posisi tubuh anda di atas tanah. Sambil anda menikmati keseronokan bermain, anda akan kehilangan 100 kalori dalam masa 30 minit kerana ia banyak melibatkan bahagian punggung, bahu, ‘bicep’ dan kaki. Selain itu, untuk pastikan ia lebih berkesan, cubalah bermain layang-layang yang lebih besar. Semasa anda bermain layang-layang, ia dapat membantu mengeluarkan peluh dari dalam badan dan menjadikan anda lebih sihat selepas seharian bermain permainan ini. 

Cuba amalkannya terutama bagi golongan wanita bekerjaya dan tidak ada masa yang cukup untuk berekreasi. Apa kata sambil anda berlibur, anda mengamalkan cara ini kerana secara tidak langsung ia dapat memberi kelebihan kepada diri anda sendiri dan mendekatkan diri anda dengan yang tersayang kerana anda dapat meluangkan masa bersama-sama untuk menikmati detik indah. 

Isnin, 25 Mei 2015

Photografi : Salah satu minat aku


Assalamualaikum.... wah dah lama rasanya aku ni tak update blog. sejak grad ni, aku dah memang jarang online. apatah lagi nak update blog ni. ok.. kali ni aku nak kongsikan minat aku. sebenarnya selain daripada melayan RUNNING MAN, aku jugak minat bidang photografi dan editing.tapi masih belum mendapat peluang untuk aktif. setakat suka-suka je.
Sebenarnya aku suka ambik gambar permandangan, gambar-gambar yang candid sebab kat situlah terdapat banyak kecantikan yang sebenar. Ini adalah antara gambar  yang aku ambil (ada jugak kawan aku yang ambikkan) dan sempat touch-up sikit-sikit.. hehehe...
okey...


















Rabu, 15 Oktober 2014

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Sabtu, 3 Mei 2014

Bertuah menjadi Seorang Wanita...

Ketika allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya allah ???"

Allah menjawab,

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"ya allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.

Allah melanjutkan,

"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT."

*Allahuakbar... specially dedicated to Ibu. Ibu disana dan Ibu disini. Istimewanya seorang ibu, dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.


Jumaat, 2 Mei 2014

Kelebihan Bulan Rejab

Semalam 1 REJAB ..

Alhamdulillah sempat puasa. Aku berharap dengan kedatangan REJAB ini dapat menambah lagi pahala dan amalan aku

meh aku story sikit pasal bulan Rejab ni.. Macam ni... 


Rejab adalah bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.

Apa kelebihn bulan REJAB ni ha..??


Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

sumber :http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab

Sebenarnya bukan bulan Rejab je kita perlu berbuat kebaikan dan mengumpul amalan. Bulan-bulan lain pun perlu tetapi bulan Rejab ini ada keistimewaannya sendiri.. Ok korang dah tahu. so nanti boleh la kita semua pakat2 puasa pada 27 Rejab ini.